Legal Documents

TERMA & SYARAT BISNES LIVE

Terma dan syarat ini mengawal penggunaan perkhidmatan Bisnes Live. Sila baca dengan teliti.

Terakhir dikemas kini: 29 Julai 2026

1. Definisi & Tafsiran

Dalam Terma & Syarat ini, kecuali jika konteksnya memerlukan makna yang berbeza:

  • "Bisnes Live" bermaksud produk, platform, dan segmen perniagaan (product segment) yang dibangunkan, dimiliki, dan dikendalikan oleh AA Digital Product Technology.
  • "Pengguna" bermaksud mana-mana individu atau entiti yang mendaftar, mengakses, atau menggunakan perkhidmatan Bisnes Live (juga dirujuk sebagai pelanggan, klien, atau pengguna sistem).
  • "Pentadbir" bermaksud pihak pentadbiran Bisnes Live, termasuk pengurusan, staf, wakil, dan penyedia perkhidmatan di bawah entiti AA Digital Product Technology.
  • "Platform" bermaksud sistem, laman web, dan perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Bisnes Live.
  • "Pakej" bermaksud pelan langganan atau kuota perkhidmatan yang dipilih oleh Pengguna.

2. Penerimaan Terma & Pihak Pengikat Kontrak

Dengan mengakses atau menggunakan perkhidmatan Bisnes Live, Pengguna bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini. Sekiranya Pengguna tidak bersetuju, Pengguna tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan kami.

Sebarang kontrak, langganan, atau pembelian Pakej yang dibuat oleh Pengguna adalah terikat secara sah dengan AA Digital Product Technology (2026031112562|0038846666-V) sebagai entiti penyedia perkhidmatan. Bisnes Live merupakan produk dan jenama di bawah pengurusan AA Digital Product Technology, dan segala urusan kontrak, pembayaran, serta liabiliti adalah menjadi tanggungjawab syarikat tersebut.

3. Kelayakan & Kemahiran Teknikal

Pengguna mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Pengguna mesti mempunyai kemahiran asas komputer dan internet (termasuk pengendalian laptop dan penggunaan emel) untuk mengoperasikan Platform secara berdikari. Bisnes Live adalah platform Do-It-Yourself (DIY). Pentadbir tidak bertanggungjawab menguruskan akaun, pembayaran, atau operasi asas atas pihak Pengguna.

4. Sifat Perkhidmatan (DIY) & Skop Sokongan

  • Kuota Pakej vs Perkhidmatan Siap: Pakej yang menawarkan kuota (contoh: "20 laman web") bermaksud sistem membenarkan Pengguna menjana sehingga 20 laman web secara sendiri menggunakan kemahiran sendiri dan AI, BUKAN Pentadbir yang akan membina 20 laman web untuk Pengguna.
  • Bantuan Budi Bicara (Goodwill): Sebarang bantuan, tunjuk ajar, atau sesi bimbingan atas talian melalui saluran Zoom, Google Meet, dan komunikasi WhatsApp yang diberikan oleh Pentadbir adalah bersifat budi bicara (discretionary) semata-mata untuk membantu Pengguna kali pertama. Ia bukanlah satu kewajipan atau perkhidmatan yang dijamin.
  • Saluran Rasmi untuk Bimbingan: Sebarang bentuk bimbingan, tunjuk ajar, atau sesi bantuan daripada Pentadbir hendaklah dibuat melalui saluran temujanji (appointment) yang sah dan dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak. Pentadbir tidak dapat melayani sebarang permintaan bimbingan secara serta-merta, di luar waktu operasi, atau tanpa persetujuan temujanji yang telah ditetapkan.
  • Hak Pentadbir untuk Menetapkan Syarat: Pentadbir berhak untuk menetapkan jadual, tempoh, dan format bagi setiap sesi bimbingan mengikut kesesuaian dan ketersediaan sumber. Sebarang permintaan yang berada di luar skop yang telah dipersetujui atau tidak mematuhi prosedur temujanji rasmi tidak akan dapat dilayan.
  • Pelanggaran Prosedur: Kegagalan mematuhi saluran dan prosedur temujanji yang ditetapkan, termasuk cubaan memaksa atau menuntut perkhidmatan di luar persetujuan bersama, akan dianggap sebagai pelanggaran terma dan boleh menyebabkan akaun Pengguna ditamatkan serta-merta tanpa pemulangan wang.

5. Tanggungjawab Kandungan & Larangan Penggunaan

Pengguna memahami dan bersetuju bahawa segala kandungan yang dijana, dikeluarkan, dan diterbitkan (publish) melalui Platform Bisnes Live adalah di bawah tanggungjawab sepenuhnya Pengguna tersebut. Pentadbir tidak memantau setiap kandungan secara langsung.

Pengguna tidak dibenarkan menggunakan Platform untuk menjana atau menerbitkan laman web yang mengandungi, mempromosikan, atau berkaitan dengan:

  • Kandungan bersifat dewasa, tidak senonoh, atau yang tidak sesuai untuk tontonan umum;
  • Aktiviti pertaruhan, perjudian dalam talian, atau sebarang bentuk permainan berunsur nasib yang tidak berlesen;
  • Skema penipuan kewangan, pelaburan tidak berlesen, skim cepat kaya, atau sebarang bentuk perkhidmatan yang berpotensi mengelirukan dan merugikan orang ramai.

Pentadbir berhak untuk menurunkan (takedown) atau memadamkan sebarang kandungan yang didapati melanggar syarat di atas tanpa notis terlebih dahulu, dan akaun Pengguna yang terlibat boleh ditamatkan serta-merta.

Alamat emel yang Pengguna berikan semasa pendaftaran akan menjadi saluran komunikasi utama bagi mana-mana pihak ketiga yang ingin membuat laporan atau aduan mengenai isi kandungan laman web yang Pengguna terbitkan. Pengguna bersetuju untuk memberi maklum balas bagi sebarang laporan kandungan dalam masa yang munasabah.

6. Langganan & Pembayaran

Sesetengah perkhidmatan memerlukan pembayaran atau langganan. Semua bayaran adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan (non-refundable) melainkan dinyatakan sebaliknya oleh Pentadbir dalam kes-kes tertentu.

7. Had Liabiliti

Platform disediakan "sebagaimana adanya" (as is). AA Digital Product Technology tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung yang berpunca daripada kegagalan teknikal atau penggunaan output AI yang dihasilkan oleh Platform.

8. Hak Milik Intelektual & Pemilikan

Platform Bisnes Live, termasuk tetapi tidak terhad kepada kod sumber, reka bentuk antara muka, logo, jenama, dan teknologi AI yang digunakan, adalah hak milik sah dan dimiliki sepenuhnya oleh AA Digital Product Technology (2026031112562|0038846666-V). Penggunaan perkhidmatan ini tidak memberikan Pengguna sebarang hak milik, lesen, atau kepentingan ke atas harta intelek platform tersebut.

9. Penamatan Akaun

Pentadbir berhak untuk menggantung atau menamatkan akses Pengguna pada bila-bila masa sekiranya berlaku pelanggaran terhadap terma-terma yang dinyatakan di sini, tanpa notis terlebih dahulu.

10. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Terma & Syarat ini, sila hubungi Pentadbir di: